Wednesday, August 31, 2016

Biasa dia!

kita semua mahukan kehidupan yang biasa-biasa
tapi apakah standard biasa itu?
pada aku ianya mustahil untuk dicapai
kalau kita kata yang biasa itu macam orang lain hidup
sebab semua orang background, upbringing and circumstances berbeza.
you should act and adapt according to your situation.
stop comparing your life with others,
try to become a better person than yourself yesterday.
kenalah ada peningkatan diri,
sebab bila kehidupan terlalu biasa,
kita mula bosan dan mahukan yang luarbiasa.
oh manusia...
haip! biasa dia!

Diriku juga manusia biasa

Tuesday, December 8, 2015

Lalala~

Sedar tak sedar dah lebih 2 tahun blog ni terbiar...
Menyampah la jugak tengok post pencuci tandas yang paling top bila bukak blog ni...haha
walaupun orang dah tak guna blog dah nijam* (bahasa nogori maksud sekarang)
yelah ade fb, twitter, tumblr n mcm2 lagilah tapi aku stil rasa luah perasaan kat blog jugak paling best...

bila baca post lama2 diri sendiri pun tak percaya yang itu hasil tulisan sendiri. biar betul....siap boleh terasa bila baca balik...sendiri tulis sendiri makan dalam...haha

maaflah post ni tak bermanfaat pun...sebenarnya tengah tensi nk menyiapkan kerja yang banyak. biasalah bila ade kerja masa itulah terasa nak buat benda lain kannnn. nak lari konon. heh.

tapi sebenarnya memang ade benda nak share pun tapi nantilah bila dah settle kerja semua. kita jumpa di tahun 2016 ye...hahaha

semoga thesis aku siap. Aamiin 

Monday, July 22, 2013

Cuci

Alkisah cik liyana dah berpindah rumah baru. dan rupa-rupanya kakak2 housemate baru cik liyana yang dah 4 tahun tinggal di rumah tersebut tak pernah tau akan kewujudan FLASH...

satu penuh satu kosong
ceh, cecair pencuci magkuk tandas je pun nk kecoh??  hei, jgn pandang rendah.
kakak2 osmet cik liyana masing2 pembersih. tandas sentiasa di cuci TETAPI dengan hanya menggunakan sabun tanpa FLASH tetap tidak berseri.
kata salah seorang kakak selepas cik liyana menyental bath tub menggunakan flash: "excited akak tengok, dah mcm tandas hotel!!"  =O

tak terfikir lak nk tgkap gmbar sebelum. kalo tak boleh buat iklan dah sebelum selepas. haha...tapikan nak tunjuk yg sebelum pun tak selera.takpelah kita tengok yg dh bersih. barulah sejuk mata.

*te-twinkle*

nilah hasil penggunaan satu botol. baru bath tub dah habis sebotol. kena beli lagi. tu pun ade part2 yg degil dh 3 kali tuang sental pun x mau tanggal.haiya~ macam bucu bath tub ni :

 *WARNING* 
GAMBAR KURANG MENYENANGKAN
.
.
.
sebab nilah gmbar bathub kt atas td x penuh.haha
gambar2 yg belum settle lagi. tergendala sebab flash dh habes semalam. tapi boleh nmpak la bezanya.

yang ni x berus.
just tuang je flash tu. nampak kan kesan aliran tu.
beza gila~
Nampak mcm habuk kan.tapi korang sapulah banyak mana, jiruslah air banyak mana, beruslah kuat mana, tanpa flash, x kan jadi putih macam sebelah bwhnya tu.

Ini bukan post tayang rajin ye. tak tau lah ape yg merasuk cik liyana yg pemalas ni sampai tetibe je rajin nk menyental balik dr exam semalam...sebab setan dah x de nk hasut2 kot..nk ceritanya betapa puasnya masa menyental tu, kotoran semua tanggal lepas tuang flash tu. siyes mcm iklan. pastukan masa tuang flash tu kan, kat tempat kotoran tebal, dia terus berbuih2. kalo tuang kt tempat dah bersih, tak delah berbuih bagai. n lepas berus tu tak sabar nak bilas ngan air sebab nk tengok betapa bersihnya, excited bila tengok dia shining2 gitu.

oke. over-excited. nmpk sgt tak selalu cuci tandas. =.=" haha. tapi siyes weyh.makin tebal n degil kotoran tu makin excited nk tengok hasilnya. pastu kalo yang degil tu tak cukup sekali je, kena buat beround2 baru nak hilang. dengan mencuci tandas kita dapat melatih kesabaran dan keikhlasan ye. heh

memang fitrah manusia suka akan kebersihan. bila tengok kotoran tanggal macam tu, rasa macam nak gak sental hati ni kalo boleh. dah hitam mcm mne pun aku tak tahu. entah berapa round baru bersih....
bestnya kalo hati kita ni boleh dicuci sebersih tu. manusia yang pernah dicuci hatinya Rasulullah s.a.w je. hmm. tetibe rindu baginda  T^T Sollu Alan Nabi...

Oklah.sekian sahaja promosi Flash dari saya, agen x rasmi yg x dpt komisen pun~~bulan puasa ni x elok post gambar mknn, kita cerita pasal tandas ye. haha~ :P

Selamat berpuasa.Ramadhan Mubarak, Ramadhan Kareem :) 

Friday, April 26, 2013

bukan contest gores dan menang

"Adoyai,waktu busy macam nilah internet lambat, tersekat-sekat.waktu lapang x de kerja internet laju pula. haih~"

selalu kena macam ni kan? agak2 kenapa ye?

sebab internet slow itu satu ujian
internet laju pun satu ujian-kita berjaya menahan nafsu dari melayari internet lama2 atau tak. 

Samalah dengan waktu lapang.
bila busy asyik mengeluh
tapi bila lapang keluh juga.
sibuk tu ujian, lapang itu juga ujian.
bagaimana masa lapang itu terisi.
bagaimana kesabaran waktu busy

susah senang semua ujian
hidup ni semua ujian.
resultnya keluar waktu hari perhitungan.
grand prizenya adalah syurga
usaha kena luarbiasa.
ingat senang ke nk menang hadiah utama?

Masih belum lulus ujian :(