Monday, July 22, 2013

Cuci

Alkisah cik liyana dah berpindah rumah baru. dan rupa-rupanya kakak2 housemate baru cik liyana yang dah 4 tahun tinggal di rumah tersebut tak pernah tau akan kewujudan FLASH...

satu penuh satu kosong
ceh, cecair pencuci magkuk tandas je pun nk kecoh??  hei, jgn pandang rendah.
kakak2 osmet cik liyana masing2 pembersih. tandas sentiasa di cuci TETAPI dengan hanya menggunakan sabun tanpa FLASH tetap tidak berseri.
kata salah seorang kakak selepas cik liyana menyental bath tub menggunakan flash: "excited akak tengok, dah mcm tandas hotel!!"  =O

tak terfikir lak nk tgkap gmbar sebelum. kalo tak boleh buat iklan dah sebelum selepas. haha...tapikan nak tunjuk yg sebelum pun tak selera.takpelah kita tengok yg dh bersih. barulah sejuk mata.

*te-twinkle*

nilah hasil penggunaan satu botol. baru bath tub dah habis sebotol. kena beli lagi. tu pun ade part2 yg degil dh 3 kali tuang sental pun x mau tanggal.haiya~ macam bucu bath tub ni :

 *WARNING* 
GAMBAR KURANG MENYENANGKAN
.
.
.
sebab nilah gmbar bathub kt atas td x penuh.haha
gambar2 yg belum settle lagi. tergendala sebab flash dh habes semalam. tapi boleh nmpak la bezanya.

yang ni x berus.
just tuang je flash tu. nampak kan kesan aliran tu.
beza gila~
Nampak mcm habuk kan.tapi korang sapulah banyak mana, jiruslah air banyak mana, beruslah kuat mana, tanpa flash, x kan jadi putih macam sebelah bwhnya tu.

Ini bukan post tayang rajin ye. tak tau lah ape yg merasuk cik liyana yg pemalas ni sampai tetibe je rajin nk menyental balik dr exam semalam...sebab setan dah x de nk hasut2 kot..nk ceritanya betapa puasnya masa menyental tu, kotoran semua tanggal lepas tuang flash tu. siyes mcm iklan. pastukan masa tuang flash tu kan, kat tempat kotoran tebal, dia terus berbuih2. kalo tuang kt tempat dah bersih, tak delah berbuih bagai. n lepas berus tu tak sabar nak bilas ngan air sebab nk tengok betapa bersihnya, excited bila tengok dia shining2 gitu.

oke. over-excited. nmpk sgt tak selalu cuci tandas. =.=" haha. tapi siyes weyh.makin tebal n degil kotoran tu makin excited nk tengok hasilnya. pastu kalo yang degil tu tak cukup sekali je, kena buat beround2 baru nak hilang. dengan mencuci tandas kita dapat melatih kesabaran dan keikhlasan ye. heh

memang fitrah manusia suka akan kebersihan. bila tengok kotoran tanggal macam tu, rasa macam nak gak sental hati ni kalo boleh. dah hitam mcm mne pun aku tak tahu. entah berapa round baru bersih....
bestnya kalo hati kita ni boleh dicuci sebersih tu. manusia yang pernah dicuci hatinya Rasulullah s.a.w je. hmm. tetibe rindu baginda  T^T Sollu Alan Nabi...

Oklah.sekian sahaja promosi Flash dari saya, agen x rasmi yg x dpt komisen pun~~bulan puasa ni x elok post gambar mknn, kita cerita pasal tandas ye. haha~ :P

Selamat berpuasa.Ramadhan Mubarak, Ramadhan Kareem :) 

Friday, April 26, 2013

bukan contest gores dan menang

"Adoyai,waktu busy macam nilah internet lambat, tersekat-sekat.waktu lapang x de kerja internet laju pula. haih~"

selalu kena macam ni kan? agak2 kenapa ye?

sebab internet slow itu satu ujian
internet laju pun satu ujian-kita berjaya menahan nafsu dari melayari internet lama2 atau tak. 

Samalah dengan waktu lapang.
bila busy asyik mengeluh
tapi bila lapang keluh juga.
sibuk tu ujian, lapang itu juga ujian.
bagaimana masa lapang itu terisi.
bagaimana kesabaran waktu busy

susah senang semua ujian
hidup ni semua ujian.
resultnya keluar waktu hari perhitungan.
grand prizenya adalah syurga
usaha kena luarbiasa.
ingat senang ke nk menang hadiah utama?

Masih belum lulus ujian :(

Saturday, April 20, 2013

Tulang empat kerat.

Baru kini aku faham tulang 4 kerat itu.
first time manage birthday surprise untuk orang...
selama ni tumpang je orang lain buat
dua hari preparation non-stop.
buat hadiah sendiri, masak kek, jemput orang semua....
tapi memang puas....even tak perfect tapi sangat puas hati.
terima kasih kepada semua yang menjayakan. uolls da best!

and paling best dapat balas dendam tadi. balik rumah asyik ulang video tu. hoho


Sanah Helwah Nurizzah.
 Harap sukalah hadiah tu. Sorilah lambat sebulan. hehe. 
tapi aku dah bagi time machine kan. balik sebulan lepas punye. tarikh sama oklah tu~


habis je event memang terasa macam tulang ade 4 kerat je kt belakang.
kiranya selama ni belajar tak cukup usaha lagi lah sebab tak pernah rasa sampai mcam tu. dush =.='

eh. yeke itu maksud sebenar tulang 4 kerat? macam salah je. haha 


Wednesday, April 17, 2013

ini bukan puisi. cuma luahan hati.

bukan aku tak pernah cinta,
benci jauh sekali,
cuma kini ku rasa tawar,
kemanisannya telah pudar.

aku rindu akan waktu lalu,
melihatmu, mendengar, menyebutmu,
buat jantung berdegup laju.

kini kurasa tidak serasi,
salah aku kerna berubah hati,
kurasakan engkau semakin rumit,
bagaikan soalan addmath,
sangat sukar untuk kufahami.

memikirkan masa depan kita yang kabur,
membuat aku rasa putus asa.
mungkin salah aku yang kurang berusaha,
menghidupkan kembali cinta ini,
tapi aku tak mampu untuk putuskan hubungan ini,
jauh sekali mencari pengganti,
selama ini hanya engkau di sisi.
diri ni terasa bagai digantung tak bertali,
harapnya kasih bertaut kembali.

Aku sayangkan kau, Bahasa Arab.

ini bukan troll, ini betul2

a.e.i.o.u stop!

Life is about upgrading yourself better everyday.

I don't know since when I start to freeze. as if I'm under a spell.

Now, I always get jealous of people around me. they changed. for the better of course. but here I am, standing still doing nothing except getting jealous of them.

only me doesn't change. and when I look back, I felt like I've wasted my life.

somebody please touch me so that I can move.


Wednesday, February 27, 2013

Al-Fatihah.

27.02.13
satu lagi tarikh bakal tercatat di atas whiteboard rumahku.
--------------------------------------------------------- 
handphone bergetar menandakan mesej masuk. ku lihat nama penghantar. Papa.
"Innalillah...Uwan dah x de. Al-fatihah." 

UWAN - nenek sebelah ibuku. mak mamaku. 

yang panggil aku waktu kecil sinderlela (cinderella) sebab pernah pakai gown dengan kasut tumit seakan-akan gelas waktu raya.
yang selalu aku tumpang tidur atas katilnya sebab tak muat ruang bila semua berkumpul kat kampung.
yang bila jumpa budak kecik atau baby dia akan main sambil nyanyi macam dalam cerita ahmad Albab : ding geding geding dak wan, ding geding geding~
yang sangat sayang akan kucing sampai masak nasi khas untuk kucing-kucingnya. 
yang...yang...yang...
yang kini telah tiada.

hajah Hasni-Uwan
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن وَإِنَّا إِلى رَبِّنِا َلمُنْقَلِبُون
الَلهُمَّ اكْتُبْهَا عِنْدَكَ ِفي اُلمحِسنِينِ وَاجْعَلْ ِكتابَهَا ِفي عِلِّيِين
Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kami kembali pula kepada Allah dan kami pasti kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah! Catatlah dia (yang meninggal dunia) pada sisi Engkau dalam golongan orang-orang yang baik, dan jadikanlah catatannya dalam golongan yang terpuji / tinggi.

 اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهاِ وَاعْفُ عَنْهَا وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا وَوَسِّعْ مُدْخَلَهَا وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِها وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ .
Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dgn air, salji dan air sejuk. Bersihkannya drp kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.

Doa untuk kita (keluarga arwah)
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن الَلهُمَّ عِنْدَكَ نَحْتَسِبُ مُصِيْبَتنا فَأجِرْنا فِيها وَأَبْدِلْنا ِمنْها خَيرًا 

Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali.
Ya Allah kami pasrah padaMu atas musibah ini, maka berilah kami pahala dan gantilah dengan yang lebih baik.



paling sebak bila mendengar suara mama :'(  sabar ye semua

Sunday, January 20, 2013

Petra

Cuti sem bulan satu macam ni biasanya orang g jalan2 Jordan especially kanak2 tahun satu yang excited.
kalo g jalan2 Jordan tak sah kalo x g Petra.

Aku dah 2 kali g Petra. happy2 panjat sana sini amik gambar sampai nk habis bateri.
tapi dua2 kali balik Petra aku menangis. bukan sebab aku jatuh tergolek dr batu2 tu. bukan.
adelah insiden yg terjadi. mls nk cerita. biarlah rahsia~eceh.

Sebenarnya g Petra sepatutnya buat kita insaf. sebenarnyalah
yelah. Itukan bukti kekuasaan Allah timpakan bencana ke atas kaum yg dilaknat.
aku rasa sebab aku teruja sangat mendaki sampai tak ingat tuhan tu pasal balik nangis.
itulah, orang tua2 selalu pesan jgn gembira sgt kang nangis. kan dah kena!
yg second time tu mmg nangis gila2 ah sebab rasa mcm aku ni jenis tak makan saman betul. T^T

bangunan(?) belakang tu antara yang paling feymes kat petra.
nmpak tak muka tahan keterujaan disitu?

Bakal ke Petra untuk kali ketiga. harapnya diri ni sentiasa beringat.

Banyakkan zikrullah

Monday, January 7, 2013