Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Al-Fatihah.

27.02.13
satu lagi tarikh bakal tercatat di atas whiteboard rumahku.
--------------------------------------------------------- 
handphone bergetar menandakan mesej masuk. ku lihat nama penghantar. Papa.
"Innalillah...Uwan dah x de. Al-fatihah." 

UWAN - nenek sebelah ibuku. mak mamaku. 

yang panggil aku waktu kecil sinderlela (cinderella) sebab pernah pakai gown dengan kasut tumit seakan-akan gelas waktu raya.
yang selalu aku tumpang tidur atas katilnya sebab tak muat ruang bila semua berkumpul kat kampung.
yang bila jumpa budak kecik atau baby dia akan main sambil nyanyi macam dalam cerita ahmad Albab : ding geding geding dak wan, ding geding geding~
yang sangat sayang akan kucing sampai masak nasi khas untuk kucing-kucingnya. 
yang...yang...yang...
yang kini telah tiada.

hajah Hasni-Uwan
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن وَإِنَّا إِلى رَبِّنِا َلمُنْقَلِبُون
الَلهُمَّ اكْتُبْهَا عِنْدَكَ ِفي اُلمحِسنِينِ وَاجْعَلْ ِكتابَهَا ِفي عِلِّيِين
Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kami kembali pula kepada Allah dan kami pasti kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah! Catatlah dia (yang meninggal dunia) pada sisi Engkau dalam golongan orang-orang yang baik, dan jadikanlah catatannya dalam golongan yang terpuji / tinggi.

 اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهاِ وَاعْفُ عَنْهَا وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا وَوَسِّعْ مُدْخَلَهَا وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِها وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ .
Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dgn air, salji dan air sejuk. Bersihkannya drp kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.

Doa untuk kita (keluarga arwah)
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن الَلهُمَّ عِنْدَكَ نَحْتَسِبُ مُصِيْبَتنا فَأجِرْنا فِيها وَأَبْدِلْنا ِمنْها خَيرًا 

Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali.
Ya Allah kami pasrah padaMu atas musibah ini, maka berilah kami pahala dan gantilah dengan yang lebih baik.



paling sebak bila mendengar suara mama :'(  sabar ye semua

Sunday, November 18, 2012

Futur

kadang2 ada satu hari tu aku akan rasa down yang aku sendiri tak tahu kenapa aku rasa macam tu.
sekarang aku tahu apa namanya. itulah penyakit futur.

apa futur tu? bukan sarapan ke maknanya?

sarapan tu huruf  ط tapi futur yang ni huruf ت
kenapa ramai rasa futur? kenapa perlu elak? apa futur tu sebenarnya?

hasil carian google menyatakan:
Dari segi bahasa futur membawa kepada dua maksud. Yang pertama adalah terputus langsung selepas bersikap konsisten dan berhenti selepas aktif bergerak. Yang kedua pula didefinisikan sebagai sikap malas, melambat-lambatkan dan bertangguh berbeza dengan keadaan dulunya sentiasa pantas dan efisien.

Dari segi istilah pula pelbagai definisi mengikut keadaan dan suasana. Mungkin juga membawa maksud kita hilang semangat, hilang arah, menurunnya tahap keimanan, makin banyak melakukan kemaksiatan dan makin menjauhi Allah SWT.
 diambil dari sini

setiap orang pasti akan ada masanya merasa futur. sebab kita ni manusia imannya turun naik.

antara faktor terjadinya futur. hasil carian google jugak:

2. Suka berlebih-lebih dalam perkara yang mubah.Satu contoh ialah berlebihan dalam pemakanan. Walau pun makan adalah satu keharusan tetapi apabila seseorang itu berlebihan dalamnya, ia akan memberi kesan kepada tubuh dan rohaninya. Badannya menjadi gemuk dan berat untuk aktif yang menatijahkan rasa malas.Contoh lain ialah tabiat melunsur internet atau berchat. Apabila seseorang berlebihan dalamnya, ia akan merasa ketagihan sehingga banyak masa yang digunakan untuk melunsur dan berchat. Akibatnya masa untuk dakwah menjadi kurang dan ia sering merasa konflik antara menggunakan masa untuk amal dakwah dengan tabiat melunsur dan berchat.

4. Kurang mengingati mati dan Akhirat.Antara faktor pendorong kuat dalam amal dakwah ialah hasrat mendapat pahala, rasa rindu dengan syurga, takut akan dosa dan siksa neraka. Kesemua ini berkaitan dengan mengingati akhirat. Oleh itu, apabila mengingati akhirat berkurangan, ia akan diganti dengan ingatan kepada benda-benda lain. Natijahnya faktor pendorong menjadi lemah dan futur menguasai diri.

5. Lengah dengan syubhat dan dosa.Manusia akan pasti melakukan silap dan dosa tetapi ia tidak boleh mempunyai sikap toleransi dengan dosa atau bertoleransi setelah melakukannya kerana dosa akan membina titik hitam. Jika titik itu tidak dibiarkan ia akan melemahkan semangat dan mengakibatkan futur.

7. Melupakan sunnah alam.Futur berlaku juga apabila seseorang itu dalam melakukan amal dakwahnya tanpa mengikut aturan alam seperti mahu satu perubahan yang segera dan cepat, tidak realistik dengan harapannya, sehingga apabila usahanya selalu gagal, ia menjadi putus asa.Termasuk dalam memelihara sunnah alam ialah menunaikan hak badan, keluarga dan hak-hak lain. Sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;“Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak atasmu, dirimu mempunyai hak atasmu, keluargamu jug amempunyai hak atasmu. Oleh itu, berikan setiap yang punya hak, akan haknya.” (Riwayat Al-Bukhari)
aku pilih yang mana buat aku terasa je.  nak yang lengkap boleh baca sini

part perkara mubah tu mmg buat aku tercampak. mmg kalo perhatikan aku byk makan pastu byk online. patutnya student kenalah byk study. OK BURNNN.

part melupakan sunnah alam pun sama. aku ni agak perfectionist sikit. pastu suka cabar diri over kemampuan (macam paksa diri jalan laju2 sebab dah terlambat pergi kelas dimana orang lain kalo dah lambat macam tu dia akan naik teksi.) 
nobody's perfect and human being has limitation. true.i know that tapi susah nak ubah. 

ni pun satu lagi yang aku selalu lupa: 

Ingatlah kuasa Allah yang menentukan kejayaan atau kegagalan. Jika kegagalan itu ada di pihak kita, ingatlah apa yang Allah katakan, 'ia adalah akibat daripada gara-gara kamu sendiri' dan setiap kejayaan daripada apa yang dirancang itu disambut dengan penuh kesyukuran. Jangan menjadi angkuh dan sombong atas kejayaan itu.

kadang2 bila gagal rasa kecewa sebab rasa dah buat sehabis baik. tapi bila berjaya hati kembang semacam. astaghfirullah. kat sinilah sebenarnya tawakal, redha dan syukur main peranan. pergantungan pada Allah tu penting.

kesimpulannya, kalo rasa macam futur je cepat2 lah kita cas balik iman kita top up balik amalan kita. dalam link2 kat atas tadi pun ada tulis cara atasi futur ni.


Cuci hati selalu.



Friday, July 13, 2012

Some issues.

kenapa kita senang percaya dan senang takut?
mungkin isu sensitif tapi nak cakap jugak apa yg terfikir selama nih.

first 
isu holy water.
pertama kali dengar pasal isu ni masa sekolah menengah. tapi benda ni dah lama dah pun. kita dimomokkan bahawa aktivis gereja giat memberi orang islam minum air holy water tanpa disedari. kononnya air ni diperbuat dari janin hasil persetubuhan paderi. bila dah minum, orang Islam tersebut tak mampu nak ucap syahadah. nak berubat kena mandi air kolah tujuh masjid. tapi kalau orang kafir minum tak de apa2 effect....
ooh betapa hebatnya kuasa air holy water ni. boleh kenal orang Islam ngan kafir lagi. sangat berbahaya.

mula2 aku tak percaya tapi sedikit2 aku takut dengan air holy water ni. takut nak beli air kat luar. but then, terfikir betul ke ada benda yang kuat macam ni? lemahnya kita? Islam kan agama yang benar. takkanlah sesenang tu je orang kristian boleh kalahkan kita?

lepas tu aku jumpa banyak jugaklah tentang holy water ni kat internet. ade ustaz tu dia mualaf dan dia cerita yang holy water tu air biasa je pun. diorang letak depan pintu nak masuk gereja untuk ritual penyucian diri sebelum masuk. diorang tak minum pun air tu. tak jampi apa2 pun kat air tu. air biasa je.

tak rasa bodoh ke takut dengan air biasa? tak rasa bodoh ke tertipu cerita karut macam tu?
secara tak lansung kita telah memfitnah orang. fitnah dosa besar okay.

yakinlah dengan Islam dan ikut ajarannya yang sebenar. sebelum minum baca bismillah. buat apa2 pun mula dengan bismillah. Allah maha-Agung dari segala benda kat muka bumi ni. The Creator.


second
cerita pasal salib pulak. 
ni pun dengar cerita masa sekolah menengah. tapi cerita salib ni tak complicated macam air holy water tadi. simple je, kalo pandang salib nanti iman kita lemah. 
oooh, berkuasa rupanya salib ni. baru aku tau.
sejak tu takut nak pandang salib. semakin paranoid jadinya. nak tulis huruf t kecik pun takut. kalau tulis pun buat ekor ke kanan macam t  ni. buat latihan matematik pun tak suka tulis tambah. nampak macam salib. takut.


tapi satu masa tu aku penat dah nak takut. nak takut sampai bila. lemah gila kita ni x boleh tengok salib. kuat gila orang kristian ni. sebenarnya cerita ni datang dari mana? yang tu aku tak tau sampai sekarang. tak ke kalau kita percaya yang salib boleh buat kita lemah secara tak langsung kita agungkan salib tu? kita akui kekuasaannya? 


pada aku salib tu hanya simbolik je. tak perlu takut.
tapi jangan pulak saja2 nak lukis, saja2 nak tenung. saja2 nak pakai baju ade simbol salib terang tang tang. yang tu boleh pesongkan akidah. seakan2 kita agungkan salib tu. syaitan ade je idea dia nak hasut nanti. musuh kita yang sebenarnya adalah syaitan.


third
makanan ada berkod E.
ya, aku tau kita orang Islam kena jaga pemakanan kita. biar halalan toyibban. yang jelas haram dan semua orang tahu adalah khinzir. isu kod E aku nak cakap yang tak semua yang ada kod E tu ada unsur khinzir. jangan jadi paranoid sangat. anti kod E bagai. kod2 makanan ni sebenarnya mengikut sistem dari eropah.aku pernah baca satu artikel yang ingatnya kod E-100 macam tu nak menunjukkan ada bahan dari unsur serangga atau tumbuhan. yang kita kena berhati2 adalah mula E-400 sebab tu menunjukkan bahan dari unsur binatang. kat situ yang syubhah. kita tak pasti binatang apa? lembu? khinzir? tapi kalau makanan tu dah memang ada cop halal yang asli, insyaAllah.halal je.

sebenarnya kita kena tahu bukan setakat khinzir  je yang haram. even ayam, lembu, kambing semua tu boleh jadi haram bila tak sembelih dengan nama Allah. so jangan nak confident sangat bila makan kat kedai warung bukan Islam semua tu.  

memang pun kalau kita tak makan2 benda2 kod-E tu lagi better. masak sendiri kat rumah. lagipun benda2 mcm tu biasanya jajan-jajan je pun. bukan makanan  asasi.
tak tengok salib pun lagi better.

aku just nak cerita sebab tengok macam kita ni senang sangat melatah dan percaya.
bukan ape, takut terpesong akidah bila kita tengok kristian macam lagi kuat. sebab aku dulu pernah percaya benda2 mcm ni dan pernah soalan tu muncul dalam otak ni. syaitan masuk line. nasib baik aku tak makan hasutan dia tu. Allah masih pelihara mungkin. Alhamdulillah.

lagi satu kalau pasal gangguan jin ke apa mmg kita nampak macam jin kuat sebab tu ramai orang mensyirikkan Allah. tapi sedarlah jin pun mengaku yang Allah tuhan. manusia memang makhluk yang lemah sebab tu kita perlukan Allah. semua yang berlaku atas kehendak Allah. even syaitan nak kacau kita pun mintak izin dengan Allah. semoga kita semua terpelihara dari mensyirikkan Allah.




persoalan :

minyak wangi beralkohol.
sebenarnya haram ke bawak solat?
okay ni memang aku betul2 tak tahu apa hukummya 
(mungkin aku tak search sangat sbb aku bukan pakai pun minyak wangi.)
tapi I found something pasal alkohol.
yang kita tahu arak itu haram. berdosa bila kita terlibat dengannya even kita tak minum. arak seperti yang kita tahu adalah anggur yang diperam. sebenarnya benda2 yang peram macam tu dan boleh memabukkan bila diminum dikira haram contoh air tapai. arak bila alih bahasa Inggeris namanya alcohol. kita panggil kaki minum alcoholic. tapi dalam sains pun ade chemical substance yang namannya alcohol. so I've been thinking is these two are the same thing? if yes, memang yang kita tak leh bawak solat la kan. if not, which one are used in perfumes? 



kalau ada salah silap mohon betulkan :)

Saturday, December 4, 2010

think think

got it from my brother's fb:


Muzik dan Nyanyian adalah haram di sisi syarak Ia khilaf muktabar di antara fuqaha' kerana nilai hadith2 yang melarangnya terdapat kecacatan baik dari segi sanad (jalur periwayatan) atau matan (tekstual) dan kekeliruan pada istilah2 bahasa arab yang luas maknanya...


Pendapat yg rajih:
Muzik dan nyanyian tidak haram pada zatnya kerana naluri manusia memang sukakan halwa telinga (kemerduan adunan muzik dan lagu), ia haram pada content (isikandungan), penyampaian, tujuan dan situasi ia dipersembahkan..content, misalnya liriknya ialah memuja perempuan, dipersembahkan oleh artis perempuan yg jelita dan mendedahkan aurat dan dipertontonkan kpd audiens yg bercampurbaur...
[Fatwa Imam al-Ghazali dan disokong oleh al-Qardhawi]