Saturday, December 31, 2011

belum cukup

Ada seseorang ni aku tahu dia budak sekolah aku.Aku tak rasa pun yang dia kenal aku, tapi aku follow blog dia. Post dia kebanyakannya menarik dan biasanya kena dengan diri aku. Kadang-kadang tu, aku rasa macam luahan hati sendiri pulak. aku ni tak pandai sangat mengarang ayat untuk describe apa yang aku fikir dan rasa tapi dia boleh. dan ayatnya cantik. aku rasa macam otak dia sama macam otak aku. otak kanan. minat bahasa. but at one point I envy him. why? because he's living up his dream which is once was my dream.

THEN

Aku rasa geram.menyesal.sedih. kalau boleh aku nak pusing masa kembali. nak start over.

First, aku rasa macam menyesal tak masuk matrik sebab dia masuk je matrik. aku dapat surat matrik, tanpa ragu-ragu terus pos pulangkan balik. memang tak sempat bermalamlah surat tu kat rumah~haila
ruginya tak pertimbangkan langsung tawaran matrik dulu.
ruginya tak dengar pujukan mer dulu.
ruginya tolak tawaran matrik dulu. 
kalau tak, MAYBE aku boleh dapat apa yang dia dapat sekarang...(tteet! ini dilarang dalam Islam okeh jangan contohi.)

kenapa aku tolak eh?

1. I tak nak ade hubungan langsung dengan sains dan maths.sayonara numbers and formulas. aku tak nak jumpa korang lagi.
2. Membazir je. buat ape belajar benda aku tak minat. bazir duit,bazir masa, bazir memori otak aku je nak menghafal.
3. Rasa macam rugi masa. fikir nak grad cepat je.
4. I tak naklah matrik...cam budak sekolah...I nak masuk Universiti teruusss...

hamboi sombongnya kau makciiiikkkkkk!!!

last-last UPU tak dapat. hamik kau! gedebuk! tapi kau cool. tak pe rayuan ade...I ni positif orangnya.
kau buat rayuan. kau yakin nama kau akan tersenarai.
keputusan aku bagus. aku pun dari sekolah feymes gituh, mustahillah tak dapat UPU...nama tercicir je tu...

tapi keputusan rayuan berfasa-fasa nama kau still tak ade...mak ayah start risau. tapi kau masih relaks melayari internet. membalas dendam 3 bulan tanpa internet sewaktu kau di PLKN dulu.

Budak matrik dah masuk, maktab dah masuk, pra-U dah masuk, sampailah kat fb makin sunyi baru kau sedar kau seorang je tak masuk mana-mana lagi. baru kau mula risau. tapi banyak peluang yang dah terlepas. dah terlambat. pilihan dah tak banyak. akhirnya kau mohon Jordan dan kau dapat. kau lega tapi berapa nak bahagia. mengapa kau masih tak bersyukur,liyana? cuci hati tu.

NOW
Hari ni, lepas baca post dia yang terbaru, baru aku sedar kenapa aku tak dapat apa yang dia dapat. USAHA aku belum cukup. jauh sangat kalau nak dibandingkan usaha dia dengan aku. aku rasa aku tak berhak untuk cemburu apa yang dia dapat sebab dia memang layak.
sememangnya, tuhan tengok USAHA.

sesi muhasabah:
kesalahan aku.
satu.SOMBONG dengan tuhan.walhal, rezeki semua Allah yang tentukan. tapi aku selalu over-confident dengan decision sendiri. aku terlalu cepat puas hati. aku rasa solat cukup lima waktu, aurat elok tutup tu dah cukup. rasa doa lepas solat fardu je pun dah cukup.aku tak besungguh dalam meminta. pergantungan aku terhadap Allah lemah. Astaghfirullah
dua.MALAS berusaha.usaha tapi kurang.aku tak kaji habis. kata minat bidang sekian tapi tak kaji dalam-dalam. jalan nak menuju ke situ pun kau sendiri tak jelas.
tiga. cepat PUTUS ASA. tak suka benda yang complicated. nanti mulalah nak give up. cuba pun belum dah angkat tangan.
kadang-kadang ALLAH sengaja bagi kau susah.

bukan supaya kau putus asa.
tapi supaya kau terus cuba.

                            -quoted 


nampak macam sikit je kesalahan tu tapi tiga-tiga kesalahan yang teramat besar pada aku.teringat kata-kata nih:
orang yang berdoa tapi tak berusaha tu namanya pemalas,
orang yang usaha tapi x doa pulak orang yang sombong.

Apa nak jadi ni, liyana? T^T

resepi kejayaan: doa,usaha,tawakal
Aku doakan kau berjaya.

No comments: