cikgu? ada apa dengan cikgu?
dari aku kecik sampai la besar aku mcm ade link yang kuat dengan cikgu.
mak aku cikgu.
maklong aku cikgu.
pakngah aku cikgu.
makyang aku kaunselor.
lagi2 hari first cikgu mengajar:
"oke murid2 sila sebut nama dan cita2 awak...."
yelah budak kecik kan, pengetahuan pekerjaan terhad....doktor peguam hakim cikgu...tu jelah yang tau.
jadi, bila orang tanya aku pun jawab je lah CIKGU. malas nak fikir.
masuk sekolah menengah aku rasa macam seronok pulak kalau dapat jadi cikgu.
sebab aku seronok masuk bilik guru.aku gembira tengok suasana komuniti guru di bilik guru.
- kalau ade potluck tuh mmg seronoklah.
- cikgu x de uniform, seronok je pkai baju kurung lawa-lawa setiap hari.
- bergosip pun best.hahaha.
- tulis buku rekod pun macam best boleh je nak hias macam mana kita suka...ikut kreativiti la.
- kalau tanda kertas periksa pun macam seronok je...macam-macam ragam budak jawab soalan subjektif. rasa masam pahit manis sume ade.
- best jugak kalo kene organize program tak pun kempen kat sekolah.
- jadi cikgu penasihat kelab/persatuan untuk KOku pun cambest...kalau dapat cikgu yang dedikasi memang seronok join kelab tuh.
aku rasalah jadi cikgu nih memang best kalo tak kene pressure. contoh pressure nak menanda kertas dalam masa yang singkat. nak organize dua tiga program dalam masa tarikh yang berhimpit-himpit.
tapikan realitinya cikgu pun ade life dia sendiri gak...ade family nak jaga. macam susahlah nak seimbangkan performance kat sekolah kan.kadang2 tak sempat nak prepare untuk mengajar sebab kena jaga parents takpun suami/isteri takpun anak yang sakit ke ape ke kan.lagi2 cikgu perempuan.memang superwomen la kan. housewife+cikgu.
cikgu praktikal lain la...masa praktikal memang sedia habis la kan...yalah mengajar kelas tak banyak mana pun...bolehlah sedia bahan secukupnya.
semakin aku besar semakin aku nampak beban menjadi seorang guru. tambah2 lagi orang sekeliling tambah perasa ajinomoto bagai...nampak macam penat sangat jadi cikgu. jadi cikgu ni x berbaloi. kerja banyak, tapi gaji sikit. satu lagi,cabaran nak layan perangai bebudak zaman sekarang nih...makin teruk. diorang mane hormat cikgu sangat dah...memang banyak kena sabar.
.
.
.
oke.aku agak terpengaruh di situ..
tapikan aku still rasa jadi cikgu ni mulia. kalau cikgu tu berjaya mendidik bukan setakat mengajar. sebab kita semua ni sebelum nak jadi orang-orang hebat bagai, semuanya bermula dengan guru. lagi satu, aku rasa untung jadi cikgu sebab pahala berterusan selagimana ilmu yang diajar memberi manfaat kepada orang lain.
dan aku rasa kalau anak didik dia berjaya jadi orang, tu pun dah cukup.hilang semua lelah.aku rasalah...aku tak pernah jadi cikgu.=.='
pada aku, profession guru ni mulia bilamana ia bersifat kemanusiaan. tapi sekarang aku perhatikan dah muncul cikgu-cikgu bersifat robot. tidak mendidik...hanya mengajar macam mana nak cemerlang akademik sahaja.didikan sahsiah kurang. pada aku, sekolah bukanlah kilang penghasilan robot-robot mengutip A berderet-deret. tapi tempat terhasilnya produk bernama 'orang'.bukannya orang-orang yang luarannya nampak macam orang tapi kaku.
hamboi cakap senang la cik liyana! cuba kau jadi cikgu! rasakan sendiri! nak mengata cikgu tak berkualiti tak mendidiklah bagai! kau ingat senang?
erk...sori...sebenarnya nak cerita benda lain tapi ter-menyimpang pulak
aku nak cakap pasal sekarang nih aku tengah amik kos Bahasa Arab dan
sampai sekarang aku tak tau nak jawab ape...ada sesiapa boleh tolong bagi idea tak?
sampai sekarang jugak aku tak tau cita-cita aku ape.orang kata nak berjaya kena ada matlamat. ntahlah, matlamat aku adalah hadam betul-betul apa yang aku belajar biar sampai lekat kat otak dan hati ni.
" kejarlah kecemerlangan, kejayaan akan menyusul "
-Ranchodras Chanchad.
(tapikan masalahnya kau ada visi tapi tak de misi.camne tuh? aigoo =.=')
tapi tak kurang gak yang kata : jangan jadi cikgu! at least pun jadilah pensyarah.
korang semua bukan Tuhan yang kata : kunfayakun-jadi maka jadilah!
so kita tengok jelah nanti aku jadi ape ek...jangan tak jadi pape sudah. hukhuk...=.='
kerja tu semua rezeki dari Allah. yang penting pada aku, Ilmu.
(kalaulah cikgu BM tengok penulisan aku nih memang kene sound la kan.hikhik.maaf cikgu.)
majulah guru demi ummah!
No comments:
Post a Comment