nak ceritanya sekarang nih aku tengah cuti sementara tunggu sem baru bukak 17 hb nih. marathon drama la kerjanya.sedut2 dari orang. kebetulan adalah pulak cite Liar Game ni. ape lagi layan jelah even dh jadikan drama. aku bajet yang aku sedut tuh bilangan episod dia complete.9 ep.yelah standard drama jepun mane byk. semangat tengok sampai habis ep 9, sekali cerita tak habis. apekah? klimaks pulak.maka dengan pantasnya aku cari episod seterusnya kat youtube. hasil carian ep 10 tiada subtitle english.waduh.bahasa jepun pulak. kalo drama korea boleh lah jugak paham even tak de subs. yang ade cuma subtitle china. tulisan cina manalah aku reti baca. tapi aku klik jugak.ah lantaklah. tengok jelah. mane tahu boleh paham body languange ke kan? (haha. bajet hebat.) sekali tuh aku nampak kat tepi video tuh dia suggest ep10 subtitle arab. jeng jeng jeng. aku nampak harapan di situ. tanpa membuang masa, aku habiskan baki 2 episod di youtube dengan subtitle bahasa arab. nampak tak kelebihan mengetahui bahasa arab kat situ.muahaha. dengan ini taklah aku membazir cuti aku dengan kerja tak berfaedah bahkan mengasah vocab arab yang agak berkarat ni.
cerita ni memang superb. aku rekomen korang sume tengok. pada awalnya aku tak suka nak tengok even tajuk dia menarik sebab aku dah gambarkan mesti banyak taktik kotor yang akan didedahkan dalam cerita nih. yelah nama pun Liar Game. mesti cerita pasal penipu kan. hero dia mesti org paling handal menipu dalam game nih. aku nih seorang yang suka keamanan dan kesejahteraan. tak suka konflik2 nih. tapi sebab dah bosan sangat malam tadi, aku layan la jugak. sekali tuh melekat. rupanya jangkaan aku meleset.motif cerita nih sebenarnya sangat murni. bukan pasal kehebatan menipu semata2. lebih kepada nilai2 murni. lagi satu aku suka cerita ni sebab dia guna elemen psikologi dan sosialogi. cerita ni juga mengasah minda sekali.aku siap pegang kalkulator okay tengok cerita nih. dan cerita nih zero romance. memang terbaik.
cerita ni juga sebnarnya dedahkan kita kepada wajah dunia yang nampak aman tapi sebenarnya kejam melalui tiga level game yang ditunjukkan. level keempat? :
tapi sebenarnya kita boleh survive tanpa menjadi kejam sekiranya semua orang ikut formula nih :
jujur.adil.amanah.saling mempercayai.tidak berdendam.saling memaafkan= semua orang boleh hidup bahagia
macam terlalu idealistik kan? sebab manusia juga ada sifat tamak dan pengecut. tapi Kanzaki Nao berjaya ubah teori yang idealistik itu kepada realistik dalam Liar Game ni. dalam cerita ni jelah.
tapi aku tetap percaya yang orang baik pasti menang. cuma definisi menang itu yang berbeza sebenarnya. menang pada pandangan orang jahat dan menang pada pandangan orang baik.
mari tanam sifat mahmudah dalam diri :)


No comments:
Post a Comment