aku boleh je senaraikan kelebihan belajar Bahasa Arab. banyak je. dulu masa sekolah pun selalu je wat karangan tajuk ni. tapikan masalahnya tulah kesusasteraan tuh. nak sebut pun susah nak belajar dia lagi susah. dah macam ke-S-U-S-A-H-teraan pulak. wujud pula imbuhan -teraan dlm BM ye liyana? bijak2.
belajar ape yang susah sangat tuuuu?
antara sastera Arab yang utama adalah syeer*(bunyinye share-air.omputih gitu) iaitu sajak dalam Bahasa Melayu.
* syair bermaksud penyair dalam Bahasa Arab. sebab tu x guna syair. guna syeer.
tak rasa ke susah belajar komponen sastera kat sekolah dulu? macam tulah susahnya belajar syeer ni. nak analisis komponen2 sastera (balaghah) dalam syeer. nak fahamkan maksud lg. dahlah belajar syeer2 lama. bahasa pun bahasa lama yang orang arab pun kadang2 tak tahu. Orang Arab pun rasa syeer susah kita yang Melayu ni lagilah. pastu kena tahu pasal sejarah penyair, peristiwa sejarah yang berkaitan, arudh, qofiah, dot dot dot.....panjang lagi sebenarnya tapi....ahh.tak terkata betapa complicated syeer ni.
nak cerita pun susah. nampak tak betapa susahnya kat situ?
habistu kenapa belajar syeer ye? mula2 aku ingat sbb syeer ni penting la sbb ia merupakan salah satu rujukan/ dalil nahu (tatabahasa) Bahasa Arab disamping Al-Quran. tapinya banyak je syeer yang ada kesalahan tatabahasa tapi dibenarkan sebab nak jaga kecantikan wazan bait syeer tu. nak jaga muzik syeer sbb syeer Arab ni berkaitan dengan muzik.special
lepas tu dah susah payah belajar syeer ni nak bawa ke mana? kat Malaysia bukan penting sgt pun syeer2 nih.
setakat ni aku hanya boleh pujuk diri belajar syeer sebab ia memiliki nilai2 kesenian yang tinggi. (chewah bajet org seni) dan mempunyai akhlak dan pengajaran yang baik. kira macam kata2 hikmat & pujangga la kan. dan melalui syeer juga kita dapat mengenali budaya2 Arab.
so bila kita hargai syeer kita akan jadi org yg mempunyai nilai seni yang tinggi dan akhlak terpuji la kowt....
tak perlu beratkan fikiran ngan benda2 nih. belajar je la....
bukan aper.cuma kadang2 tertanya-tanya jugak kenapa pilih course sastera Arab ni? aku nak jadi ape? kerja apa? mana hala tuju? hmmmm.....nak studi syeer abasi nih.kbai.
Edit: tambahan pujukan:
belajar sebab ilmu.niat kerana Allah boleh jadi ibadah. dapat pahala :))
Tajdid niat LillahiTaala.
No comments:
Post a Comment