Thursday, January 5, 2012

Cikgu

cikgu? ada apa dengan cikgu?
dari aku kecik sampai la besar aku mcm ade link yang kuat dengan cikgu.
mak aku cikgu.
maklong aku cikgu.
pakngah aku cikgu.
makyang aku kaunselor.

dan masa kecik-kecik dulu orang selalu tanya cita-cita nak jadi apa? 
lagi2 hari first cikgu mengajar:

"oke murid2 sila sebut nama dan cita2 awak...."

aku bukanlah seorang yang berwawasan tinggi sangat disebabkan itu aku tak pernah fikir nak jadi ape...tapi sejak aku kanak-kanak lagi memang aku dah tolak tiga profession : doktor, peguam, hakim. 
yelah budak kecik kan, pengetahuan pekerjaan terhad....doktor peguam hakim cikgu...tu jelah yang tau.


jadi, bila orang tanya aku pun jawab je lah CIKGU. malas nak fikir.


masuk sekolah menengah aku rasa macam seronok pulak kalau dapat jadi cikgu.
sebab aku seronok masuk bilik guru.aku gembira tengok suasana komuniti guru di bilik guru.

  • kalau ade potluck tuh mmg seronoklah. 
  • cikgu x de uniform, seronok je pkai baju kurung lawa-lawa setiap hari. 
  • bergosip pun best.hahaha.
  • tulis buku rekod pun macam best boleh je nak hias macam mana kita suka...ikut kreativiti la.
  • kalau tanda kertas periksa pun macam seronok je...macam-macam ragam budak jawab soalan subjektif. rasa masam pahit manis sume ade.
  • best jugak kalo kene organize program tak pun kempen kat sekolah.
  • jadi cikgu penasihat kelab/persatuan untuk KOku pun cambest...kalau dapat cikgu yang dedikasi memang seronok join kelab tuh.



aku rasalah jadi cikgu nih memang best kalo tak kene pressure. contoh pressure nak menanda kertas dalam masa yang singkat. nak organize dua tiga program dalam masa tarikh yang berhimpit-himpit. 


tapikan realitinya cikgu pun ade life dia sendiri gak...ade family nak jaga. macam susahlah nak seimbangkan performance kat sekolah kan.kadang2 tak sempat nak prepare untuk mengajar sebab kena jaga parents takpun suami/isteri takpun anak yang sakit ke ape ke kan.lagi2 cikgu perempuan.memang superwomen la kan. housewife+cikgu.
cikgu praktikal lain la...masa praktikal memang sedia habis la kan...yalah mengajar kelas tak banyak mana pun...bolehlah sedia bahan secukupnya. 


semakin aku besar semakin aku nampak beban menjadi seorang guru. tambah2 lagi orang sekeliling tambah perasa ajinomoto bagai...nampak macam penat sangat jadi cikgu. jadi cikgu ni x berbaloi. kerja banyak, tapi gaji sikit. satu lagi,cabaran nak layan perangai bebudak zaman sekarang nih...makin teruk. diorang mane hormat cikgu sangat dah...memang banyak kena sabar.
.
.
.
oke.aku agak terpengaruh di situ..


tapikan aku still rasa jadi cikgu ni mulia. kalau cikgu tu berjaya mendidik bukan setakat mengajar. sebab kita semua ni sebelum nak jadi orang-orang hebat bagai, semuanya bermula dengan guru. lagi satu, aku rasa untung jadi cikgu sebab pahala berterusan selagimana ilmu yang diajar memberi manfaat kepada orang lain. 


dan aku rasa kalau anak didik dia berjaya jadi orang, tu pun dah cukup.hilang semua lelah.aku rasalah...aku tak pernah jadi cikgu.=.='


pada aku, profession guru ni mulia bilamana ia bersifat kemanusiaan. tapi sekarang aku perhatikan dah muncul cikgu-cikgu bersifat robot. tidak mendidik...hanya mengajar macam mana nak cemerlang akademik sahaja.didikan sahsiah kurang. pada aku, sekolah bukanlah kilang penghasilan robot-robot mengutip A berderet-deret. tapi tempat terhasilnya produk bernama 'orang'.bukannya orang-orang yang luarannya nampak macam orang tapi kaku.


hamboi cakap senang la cik liyana! cuba kau jadi cikgu! rasakan sendiri! nak mengata cikgu tak berkualiti tak mendidiklah bagai! kau ingat senang? 


erk...sori...sebenarnya nak cerita benda lain tapi ter-menyimpang pulak
aku nak cakap pasal sekarang nih aku tengah amik kos Bahasa Arab dan Ke'susah'teraan Kesusasteraannya. semua orang dok tanya knpa amik kos ni? nak kata terpaksa macam tak.  bukan kau dapat tajaan pun amik kos nih. mak bapak kau pun bukan jenis paksa anak dia amik kos sekian sekian.kenapa belajar jauh? dahlah kos hidup sana tinggi...balik nanti KAU NAK KERJA APA? takkanlah belajar jauh-jauh sebab nak jadi cikgu jeeeee....


sampai sekarang aku tak tau nak jawab ape...ada sesiapa boleh tolong bagi idea tak?


sampai sekarang jugak aku tak tau cita-cita aku ape.orang kata nak berjaya kena ada matlamat. ntahlah, matlamat aku adalah hadam betul-betul apa yang aku belajar biar sampai lekat kat otak dan hati ni.


" kejarlah kecemerlangan, kejayaan akan menyusul "
-Ranchodras Chanchad.

(tapikan masalahnya kau ada visi tapi tak de misi.camne tuh? aigoo =.=')

dari sekolah sampai ke universiti orang asyik cakap :"liyana, kau sesuai la jadi cikgu"  
tapi tak kurang gak yang kata : jangan jadi cikgu! at least pun jadilah pensyarah. 
korang semua bukan Tuhan yang kata : kunfayakun-jadi maka jadilah!  
so kita tengok jelah nanti aku jadi ape ek...jangan tak jadi pape sudah. hukhuk...=.='


kerja tu semua rezeki dari Allah. yang penting pada aku, Ilmu.




(kalaulah cikgu BM tengok penulisan aku nih memang kene sound la kan.hikhik.maaf cikgu.)

majulah guru demi ummah!

Saturday, December 31, 2011

belum cukup

Ada seseorang ni aku tahu dia budak sekolah aku.Aku tak rasa pun yang dia kenal aku, tapi aku follow blog dia. Post dia kebanyakannya menarik dan biasanya kena dengan diri aku. Kadang-kadang tu, aku rasa macam luahan hati sendiri pulak. aku ni tak pandai sangat mengarang ayat untuk describe apa yang aku fikir dan rasa tapi dia boleh. dan ayatnya cantik. aku rasa macam otak dia sama macam otak aku. otak kanan. minat bahasa. but at one point I envy him. why? because he's living up his dream which is once was my dream.

THEN

Aku rasa geram.menyesal.sedih. kalau boleh aku nak pusing masa kembali. nak start over.

First, aku rasa macam menyesal tak masuk matrik sebab dia masuk je matrik. aku dapat surat matrik, tanpa ragu-ragu terus pos pulangkan balik. memang tak sempat bermalamlah surat tu kat rumah~haila
ruginya tak pertimbangkan langsung tawaran matrik dulu.
ruginya tak dengar pujukan mer dulu.
ruginya tolak tawaran matrik dulu. 
kalau tak, MAYBE aku boleh dapat apa yang dia dapat sekarang...(tteet! ini dilarang dalam Islam okeh jangan contohi.)

kenapa aku tolak eh?

1. I tak nak ade hubungan langsung dengan sains dan maths.sayonara numbers and formulas. aku tak nak jumpa korang lagi.
2. Membazir je. buat ape belajar benda aku tak minat. bazir duit,bazir masa, bazir memori otak aku je nak menghafal.
3. Rasa macam rugi masa. fikir nak grad cepat je.
4. I tak naklah matrik...cam budak sekolah...I nak masuk Universiti teruusss...

hamboi sombongnya kau makciiiikkkkkk!!!

last-last UPU tak dapat. hamik kau! gedebuk! tapi kau cool. tak pe rayuan ade...I ni positif orangnya.
kau buat rayuan. kau yakin nama kau akan tersenarai.
keputusan aku bagus. aku pun dari sekolah feymes gituh, mustahillah tak dapat UPU...nama tercicir je tu...

tapi keputusan rayuan berfasa-fasa nama kau still tak ade...mak ayah start risau. tapi kau masih relaks melayari internet. membalas dendam 3 bulan tanpa internet sewaktu kau di PLKN dulu.

Budak matrik dah masuk, maktab dah masuk, pra-U dah masuk, sampailah kat fb makin sunyi baru kau sedar kau seorang je tak masuk mana-mana lagi. baru kau mula risau. tapi banyak peluang yang dah terlepas. dah terlambat. pilihan dah tak banyak. akhirnya kau mohon Jordan dan kau dapat. kau lega tapi berapa nak bahagia. mengapa kau masih tak bersyukur,liyana? cuci hati tu.

NOW
Hari ni, lepas baca post dia yang terbaru, baru aku sedar kenapa aku tak dapat apa yang dia dapat. USAHA aku belum cukup. jauh sangat kalau nak dibandingkan usaha dia dengan aku. aku rasa aku tak berhak untuk cemburu apa yang dia dapat sebab dia memang layak.
sememangnya, tuhan tengok USAHA.

sesi muhasabah:
kesalahan aku.
satu.SOMBONG dengan tuhan.walhal, rezeki semua Allah yang tentukan. tapi aku selalu over-confident dengan decision sendiri. aku terlalu cepat puas hati. aku rasa solat cukup lima waktu, aurat elok tutup tu dah cukup. rasa doa lepas solat fardu je pun dah cukup.aku tak besungguh dalam meminta. pergantungan aku terhadap Allah lemah. Astaghfirullah
dua.MALAS berusaha.usaha tapi kurang.aku tak kaji habis. kata minat bidang sekian tapi tak kaji dalam-dalam. jalan nak menuju ke situ pun kau sendiri tak jelas.
tiga. cepat PUTUS ASA. tak suka benda yang complicated. nanti mulalah nak give up. cuba pun belum dah angkat tangan.
kadang-kadang ALLAH sengaja bagi kau susah.

bukan supaya kau putus asa.
tapi supaya kau terus cuba.

                            -quoted 


nampak macam sikit je kesalahan tu tapi tiga-tiga kesalahan yang teramat besar pada aku.teringat kata-kata nih:
orang yang berdoa tapi tak berusaha tu namanya pemalas,
orang yang usaha tapi x doa pulak orang yang sombong.

Apa nak jadi ni, liyana? T^T

resepi kejayaan: doa,usaha,tawakal
Aku doakan kau berjaya.

Wednesday, December 21, 2011

Traitor....

who? ME. yes. it's me.


Dalam lecture tadi fikiranku melayang seketika...tapi aku cuba kembali ke alam nyata secepatnya dan berjaya namun.....
aku terasa diri bagaikan seorang PENGKHIANAT.


Khianat dengan  Allah. kata niat belajar kerana Allah.
Khianat dengan Rasulullah. langsung x ikut akhlak Rasulullah.
Khianat dengan malaikat yang mendoakan orang yang menuntut ilmu.
Khianat dengan parents. diorang letak kepercayaan dan harapan yang tinggi 
Khianat dengan lecturer. penat lelah menerangkan pelajaran tapi aku....jasad hadir tapi rohku tiada.
Khianat dengan rakan sekelas. kata berjuang bersama2,mereka bersungguh2 mendengar tapi aku tidak.
Khianat dengan peluang. ada orang lain yang nak sangat belajar tapi x de peluang.
Khianat dengan diri sendiri. janji pada diri mahu berubah menjadi rajin tapi mungkir. always procrastinate.


T_________________________T


aku sungguh malu memandangkan sifat khianat yang semakin hari semakin menjadi jadi dalam diri...Astaghfirullah


I'm still not a good muslim...terasa jauh nak capai mukminah apatah lagi taqwa.


and currently, I felt like a traitor toward a good friend of mine. I've been thinking of doing a horrible thing-choosing myself over my friend which is totally selfish. ni semua penyakit hati.save me ya Allah.
tolonglah liyana dah banyak sangat pengkhianatan yg kau lakukan...jangan tambah lagi please...


maafkan aku teman. kerna pernah berniat membuat sesuatu yang bakal melukai hatimu. aku tak sanggup. tapi syaitan terkutuk sentiasa ada-membisikkan perkara2 yang jahat. aku sayang kau. doakan aku kuat....


ya aku gelisah. 
Astaghfirullah.bantu aku ya Allah.

I really need someone to hug me right now
or just lend me a shoulder 
so that i can cry all out.
:'(

Sunday, December 18, 2011

Evergreen

Okay, I know I'm almost 20 tapi x salah kan suka tengok kartun?
ak layan je movie barbie but my all time favourite is  Barbie as the Princess and the Pauper . cerita ni keluar time ak darjah enam tapi sampai sekarang ak tengok lagi.ni je lah satu-satunya cerita barbie yang ak beli vcd die and tengok ulang2 kali sampai hafal skrip setiap sorang dalam cite tu..ala macam orang hafal skrip cite p.ramlee gitu.so why i love this movie so much? 

firstly, sebab dalam cerita ni x de magic.sorry to say, ak memang x suka sangat cerita magic2 ni macam harry potter tu.cerita barbie mostly fairytale so banyak magic except this one. ak suka tengok barbie menyelesaikan masalah tanpa bantuan fairies and magic dust.tanpa kepak atau sayap mahupun ekor mermaid.

secondly, the development of character and story plot was excellent! ak suka sangat cara cerita ni disusun and babak2 yang dipamerkan and I love every character good and evil...ak suka watak baik sebab dia baik tapi dalam masa yang sama ak suka cara watak jahat tu jadi jahat. I love every character's story.the show tells us that everyone has their own story and reason of doing something.

thirdly, sebab ak rasa animation crita ni lawa. ak suka tengok perubahan ekspresi muka watak2 dalam cerita ni.sangat menjadi!!ak rase mcm tengok orang betul berlakon!

lastly, ikhtilat terjaga antara laki perempuan tapi tetap sweet~ and ending dia kahwin, bukan cinta semata-mata....memang x dapat nak elak lah kan kisah cinta dalam cerita barbie. dah ade princess kene la ade prince.tapi cerita ni lain...dia x de prince charming yang typical dalam crita fairytale...yang last minute baru nak muncul, buat action sikit pastu terus jadi hero tak pun baru bertentang mata, tersentuh tangan terus tahu he or she's the one.kissing.true love lah konon.ugh, boring kot kalau asyik macam tu! tapi cerita barbie setakat nie yg ak tengok x de kissing.x taulah kalau ade yang ak terlepas pandang...

I enjoyed this movie so much...pastu boleh pulak ending cerita ni ade bloopers...memang lawak gila lah...macam shooting cerita real pulak ada babak2 yang x jadi...ak suka lagu yang play time credit keluar tu tapi baru hari ni ak jumpa lyric dia dan pada ak meaning dia sgt kena dgan aku...no wonder i like this song!motivating and inspiring...so here's the lyric:
When I wonder where I am
When I wonder why I take these chances
I try to breathe
I say to me, "believe"
And whatever comes, it's okay

'cause I'm on my way
To somewhere better
I'm further every day
I'm on my way
I know it might take until forever
But everything could change today
So I'm on my way
To find that place

People say that I'm naive
'cause I'm trusting and my heart is open
But I won't hide
I'm here to find who I am
And whatever comes is what's right

'cause I'm on my way
To somewhere better
I'm further every day
I'm on my way
I know it might take until forever
But everything could change today
So I'm on my way
To find that place

I'll keep dreamin'
Til I get there
I'll be free
So goodbye to yesterday
I'm giving what it takes

'cause I'm on my way
To somewhere better
I'm on my way
It could take forever
(and everything could change)
It could change today
'cause I'm on my way
To find that place

Live your dream-Barbie