Tuesday, June 26, 2012

persoalan dan pujukan

Kelebihan belajar Bahasa Arab dan Kesusasteraannya?

aku boleh je senaraikan kelebihan belajar Bahasa Arab. banyak je. dulu masa sekolah pun selalu je wat karangan tajuk ni. tapikan masalahnya tulah kesusasteraan tuh. nak sebut pun susah nak belajar dia lagi susah. dah macam ke-S-U-S-A-H-teraan pulak. wujud pula imbuhan -teraan dlm BM ye liyana? bijak2.

belajar ape yang susah sangat tuuuu?
antara sastera Arab yang utama adalah syeer*(bunyinye share-air.omputih gitu)  iaitu sajak dalam Bahasa Melayu.

* syair bermaksud penyair dalam Bahasa Arab. sebab tu x guna syair. guna syeer.

tak rasa ke susah belajar komponen sastera kat sekolah dulu? macam tulah susahnya belajar syeer ni. nak analisis komponen2 sastera (balaghah) dalam syeer. nak fahamkan maksud lg. dahlah belajar syeer2 lama. bahasa pun bahasa lama yang orang arab pun kadang2 tak tahu. Orang Arab pun rasa syeer susah kita yang Melayu ni lagilah. pastu kena tahu pasal sejarah penyair, peristiwa sejarah yang berkaitan, arudh, qofiah, dot dot dot.....panjang lagi sebenarnya tapi....ahh.tak terkata betapa complicated syeer ni. 
nak cerita pun susah. nampak tak betapa susahnya kat situ?

habistu kenapa belajar syeer ye? mula2 aku ingat sbb syeer ni penting la sbb ia merupakan salah satu rujukan/ dalil nahu (tatabahasa) Bahasa Arab disamping Al-Quran. tapinya banyak je syeer yang ada kesalahan tatabahasa tapi dibenarkan sebab nak jaga kecantikan wazan bait syeer tu. nak jaga muzik syeer sbb syeer Arab ni berkaitan dengan muzik.special sikit sangat smpai jd complicated. 


lepas tu dah susah payah belajar syeer ni nak bawa ke mana? kat Malaysia bukan penting sgt pun syeer2 nih.

setakat ni aku hanya boleh pujuk diri belajar syeer sebab ia memiliki nilai2 kesenian yang tinggi. (chewah bajet org seni) dan mempunyai akhlak dan pengajaran yang baik. kira macam kata2 hikmat & pujangga la kan. dan melalui syeer juga kita dapat mengenali budaya2 Arab.
so bila kita hargai syeer kita akan jadi org yg mempunyai nilai seni yang tinggi dan akhlak terpuji la kowt....

tak perlu beratkan fikiran ngan benda2 nih. belajar je la....
bukan aper.cuma kadang2 tertanya-tanya jugak kenapa pilih course sastera Arab ni? aku nak jadi ape? kerja apa? mana hala tuju? hmmmm.....


nak studi syeer abasi nih.kbai.


Edit: tambahan pujukan:
 belajar sebab ilmu.niat kerana Allah boleh jadi ibadah. dapat pahala :))
Tajdid niat LillahiTaala.

Tuesday, June 5, 2012

Liar Game.

sapa2 yang layan komik jepun mungkin familiar ngan tajuk post ni. dulu pernah je kuar komik ni kat Kreko takpun Arena. aku pun tak ingat. tapi aku tak layan sangat sebab dah masuk asrama x dapat nak follow up. aku bukan jenis langgan majalah. mmg rajin tiap2 bulan g kedai buku beli majalah. nak pesan mama tolong belikan Kreko/Arena pastu simpan kat rumah mmg tak lah kan.majalah komik pulak. kalo buku2 ilmiah mungkinlah.

nak ceritanya sekarang nih aku tengah cuti sementara tunggu sem baru bukak 17 hb nih. marathon drama la kerjanya.sedut2 dari orang. kebetulan adalah pulak cite Liar Game ni. ape lagi layan jelah even dh jadikan drama. aku bajet yang aku sedut tuh bilangan episod dia complete.9 ep.yelah standard drama jepun mane byk. semangat tengok sampai habis ep 9, sekali cerita tak habis. apekah? klimaks pulak.maka dengan pantasnya aku cari episod seterusnya kat youtube. hasil carian ep 10 tiada subtitle english.waduh.bahasa jepun pulak. kalo drama korea boleh lah jugak paham even tak de subs. yang ade cuma subtitle china. tulisan cina manalah aku reti baca. tapi aku klik jugak.ah lantaklah. tengok jelah. mane tahu boleh paham body languange ke kan? (haha. bajet hebat.) sekali tuh aku nampak kat tepi video tuh dia suggest ep10 subtitle arab. jeng jeng jeng. aku nampak harapan di situ. tanpa membuang masa, aku habiskan baki 2 episod di youtube dengan subtitle bahasa arab. nampak tak kelebihan mengetahui bahasa arab kat situ.muahaha. dengan ini taklah aku membazir cuti aku dengan kerja tak berfaedah bahkan mengasah vocab arab yang agak berkarat ni.

cerita ni memang superb. aku rekomen korang sume tengok. pada awalnya aku tak suka nak tengok even tajuk dia menarik sebab aku dah gambarkan mesti banyak taktik kotor yang akan didedahkan dalam cerita nih. yelah nama pun Liar Game. mesti cerita pasal penipu kan. hero dia mesti org paling handal menipu dalam game nih. aku nih seorang yang suka keamanan dan kesejahteraan. tak suka konflik2 nih. tapi sebab dah bosan sangat malam tadi, aku layan la jugak. sekali tuh melekat. rupanya jangkaan aku meleset.motif cerita nih sebenarnya sangat murni. bukan pasal kehebatan menipu semata2. lebih kepada nilai2 murni. lagi satu aku suka cerita ni sebab dia guna elemen psikologi dan sosialogi. cerita ni juga mengasah minda sekali.aku siap pegang kalkulator okay tengok cerita nih. dan cerita nih zero romance. memang terbaik.

cerita ni juga sebnarnya dedahkan kita kepada wajah dunia yang nampak aman tapi sebenarnya kejam melalui tiga level game yang ditunjukkan. level keempat? :


tapi sebenarnya kita boleh survive tanpa menjadi kejam sekiranya semua orang ikut formula nih :

jujur.adil.amanah.saling mempercayai.tidak berdendam.saling memaafkan= semua orang boleh hidup bahagia 

macam terlalu idealistik kan? sebab manusia juga ada sifat tamak dan pengecut. tapi Kanzaki Nao berjaya ubah teori yang idealistik itu kepada realistik dalam Liar Game ni. dalam cerita ni jelah. 

tapi aku tetap percaya yang orang baik pasti menang. cuma definisi menang itu yang berbeza sebenarnya. menang pada pandangan orang jahat dan menang pada pandangan orang baik.

mari tanam sifat mahmudah dalam diri :)


Saturday, June 2, 2012

Sayu

 I came across these ayat this morning

[6:31] Sungguh telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mereka dengan Tuhan; sehingga apabila kiamat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, mereka berkata: "Alangkah besarnya penyesalan kami, terhadap kelalaian kami tentang kiamat itu !", sambil mereka memikul dosa-dosa di atas punggungnya. Alangkah buruknya apa yang mereka pikul itu.
[6:32] Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari permainan dan senda gurau belaka. Dan sungguh negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?
[6:33] Sesungguhnya Kami mengetahui bahwasanya apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu,(Muhammad) (janganlah kamu bersedih hati), karena mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu, akan tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah.


kita tahu je tapi seringkali terlupa akan pertemuan kita dengan Allah satu hari nanti. 
lalai dengan kehidupan dunia.
tapi part paling sayu ayat 33. Rasulullah sedih. 
rasa tak sampai hati nak lukakan hati Rasulullah. punyalah sayang kat umatnya tapi  kalau baginda nampak kita sekarang ni apa perasaan agak-agaknya?
hmmm...

hentikan kezaliman terhadap diri sendiri.

Thursday, March 1, 2012

01032012

Today is a special day.why?

first, it's my father birthday~
I'm blessed to have you as my father
(post macamlah ayah aku baca blog ni.haha)

secondly, for the first time,I'm experiencing snow, here, in Jordan :D 


syukur alhamdulillah.